Tuesday 22 November 2016

giveaway miniature photography by waza studios




Klik gambar untuk join giveaway :)
tamat giveaway ini adalah pada 1 disember 2016 pada pukul 10 malam

Sunday 6 March 2016

Dilemma seorang kekra


Hai lovelies. Setelah sekian lama tak update blog tetiba datang dengan dilemma. Apa cerita kan?
well, nie aku nak cerita pasal aku and family yang telah rugi sejumlah wang. Berapa jumlahnya takya lah aku bgtau kan? Aku pun taktahu nak describe benda nie as skim cepat kaya ke? Pelaburan ke? MLM ke? Aku pun konfius sbb dia merangkumi semua. Aku taknak mention apa nama sebab malas lah nak aibkan mana mana pihak. Just cerita utk pengajaran semua ye :) 

Macam mana aku boleh terjebak? okay memandangkan aku nie jarang balik rumah sebab kolej kedekut cuti. And bila aku balik je mama, babah and kakak dah pun join. Babah masuk pakej jade yg harganya rm350 untuk satu lot. Sama jugak dengan kakak. Tapi mama melabur banyak lah jugak. Pakej Diamond tak silap RM1000 utk dua pakej. Maksudnya seribu seribu. Masa awal awal mama ghairah jugak ajak aku join. Kata mama at least ada jugak duit poket. Sebab bulan bulan akan dapat based on pakej yang kita ambik. Contohnya babah masuk pakej jade kan. Bulan Pertama sampai Bulan ketiga babah akan dapat seratus utk setiap bulan smpai bulan ketiga. And bulan keempat babah akan dapat RM800. 

Nak dipendekkan cerita, aku pun macam tertarik lah kan. Then, haritu aku dapat brim so aku pun spend RM350 untuk pakej jade tu. okay lah bulan pertama aku dapat seratus. then mama belanja aku satu lagi lot dengan pakej yang sama. So bulan depan aku akan dapat RM200. 

Okay masuk je bulan 2 duit saraan tu tak dapat dapat. Aku tanya mama, memang takde ke mcm mana. Mama reply cakap ada masalah. Aku dah tak sedap hati. Sebab aku ada ajak jugak bf masuk sekali. Kiranya dia downline aku lah. Tunggu punya tunggu tak dapat jugak. Bf aku baru je masuk and mmg tak pernah dapat lagi duit saraan. Hmm kesiannya dia. Aku pun risau lah sebab duit orang. Memang rasa serba salah gilaaaaa kot. Then mama ckp takpe nt mama ganti balik duit dia. 

Apa masalah sampai tak dpat duit saraan tu? Mama ada call tanya pasal intern then aku terus tanya pasal masalah nie. barulah mama cerita yang ada orang atas dah larikan 7.6 jutaaa. mama cakap orang tu dah habis kena belasah. Yang takleh blah orang melayu kot. Ya Allah memang terkejut gila. Nak marah pun ada bila tahu. Memang duit yang kita labur tu lesap camtu jelah. 

Memandangkan aku jenis mudah serik. Aku dah malas nak terjebak dalam bidang yang entah apa apa nie kan. then tetiba mama boleh pulak ajak aku masuk satu bisnes nie. katanya bisnes jangka panjang. mama siap addkan aku dalam group whatsapp supaya aku lagi faham. Tapi still aku tak faham faham konsep dia. Macam tak jelas. cara pengiraa pendapatan pun tak jelas tak sama macam tone excel. Apa yang aku nak tahu dia tak bagitahu. Mama pulak mendesak, kalau kawan nak masuk nanti mama addkan dalam group. Haish serba salah jadinya. 

Mama pun satu lahai tak serik serik ke maa. Mohon lah semua yang ada baca my entry nieee and pernah jugak tahu pasal yang aku bgtau tu. aku ada bagi klu kan so berhati hati lah. Its more like 'skim cepat kaya' sebab dyeorg takde produk. And aku rasa bnda nie tak salah kalau semua orang jujur. Nie bila orang atas dah songlap duit, habislah yang bawah. hmm

So, sampai sini jelah ye. Byeeee