Monday 8 December 2014

Konflik Rumah Sewa


Salam sayang semua dari Batu Pahat hiks !

Meh nak story mory siket pasal rumah sewa haritu. Okay, memandangkan dah nak habes semester weolls kena lah cari rumah sewa lain sbb taknak duduk under nmit. Why? Hmm sebab mahal sangat laah brah. Sebulan RM550 sebulan untuk bilek single dan yg lain yg dapat bilek share still kena bayar RM450. Still mahal kan? 

So, we decided to move out dari apartment Melawis tu untuk sem 2. Dan bermula lah drama sinetron sang penyewa dengan agen penyewa pergh pergh. 

Time tu kteorang ada dua minggu je lagi sebelum habis sem dan still tak dapat rumah pun. Setiap pagi pergi kelas naik bas, aku akan spend masa atas bas tu bukak laman web mudah.com call mana mana rumah kot kot available but still hampa takde rezeki. Hmm sabar jelah . Nanti balek kelas sampai rumah sambung lagi cari rumah kat mudah. Yeah, kekra tak pernah kenal erti berputus asa Haha ! And yes aku call lah satu no. akak nie. Okay good dia angkat and rumah sewa belakang Aeon tu still available but malam tu jugak ada budak nak datang tengok rumah sewa tu. Serious talk, at the moment aku nak je lari pergi rumah tu konon boleh main rebut rebut cmtu laah hahahaha. Terus cakap kat akak tu, kalau budak UTM tu tak jadi mmg kteorang nak. Tapi sedih, esoknya hakak tu mcg yang budak tu jadi ambik rumah tuuuuuu T.T

Habes cerita dengan akak tu aku mintak tolong dgn budak laki kelas aku sbb nampak mcm senang je dyeorang dapat rumah. Murah dan fully furnished lak tu. Siapa tak jeles cuba cakap cuba cakap ?! Ramai jugak lah aku contact bdk bdk nie suruh carikan rumah and time tu udin (budak kelas) bagi aku satu no. agen rumah sewa nie. OKAY, sepantas seligat mungkin aku wassap dia ape semua tanya details pasal payment fees. Okay, sebulan 2k kat apartmen melawis, partially furnished but entah kteorang setuju je. Dah desperate sangat nak rumah kott time tu. 

Kteorang start rasa annoying dengan agen tu bila dia mintak deposit rumah nak haritu jugak. Pergh time tu kelam kabut nak cari duit ape semua call parents memasing dan bukan semua lah yang ada duit terus boleh bagi. Time tu aku dah serba salah taktau apa nak buat. Okayyy call lah agen tu mintak lambat siket duitnyaaa.

Ingat lagi esok hari jumaat tu agen tu nak kteorang bg duit deposit 2k and time tu dapat kumpul 1.6k je. Dan tgahari tu akak yang rumah sewa belakang Aeon call, budak UTM tak jadi duk rumah tu sbb bdk UTM tu dpt kolej but ada budak laki nk dtg tgk rumah tu dlm pukul 3. Aku mula lah duk alaaaa alaaaa dgn akak tu nak rumah tu jugak. Haish selalu nyaris cmtu. Act aku kena jumpa agen tu bayar duit deposit dalam pukul 12 tapi aku call agen tu tunda jumpa kul 5 sbb nk tggu rumah sewa tu kot budak tu taknak. 

Okay terus berharap dan berdoa yang budak laki tak jadi nak sewa rumah tu. Tetiba dapat call suami akak tu yg call gtau suruh je kteorang datang je rumah tu pukul 2 setengah bfore laki tuu. Nampak tak yang pakcik tu nak tolong kteorang. Ya Allah bersyukur sangat time tu sebab dah rasa still ada peluang dapatkan rumah tu. Terus siap siap tumpang ayah suzy (bakal housemate) pergi rumah sewa tu. 

Sampai depan rumah tu and yeah cantik je dan selesa sebab fully furnished. Bila masuk je terus serbu dapur ehhehe biasa lah perempuan kan. Okay terus serbu bilek and yeayyyy aku serbu master bedroom yang ada aircond but share 3 orang. Okay lah sebab 3 orang tu semua yg kamceng hehe :D 

Lepas owner datang settle deposit, bagi kunci kteorang pun balek dengan hati yg lega hihi.

Alhamdulillah selesai satu perkara . Thanks God sbb permudahkan segalanyaaaa :D

Dayah si model rumah tak berbayar haha :)


Thats all fr today. Sampai jumpa !

Monday 20 October 2014

Lil gojes housemates :)



Nah, belanja siket muka belagak aku haha.
(dari kiri Tasha, Yana, Dayah, Aku dan Fatin)

Sebenarnya housemates aku semua ada 9 orang tapi nie tak cukup 9 sebab ada yang ade kelas. Memandangkan kelas dan kos pun lain-lain, jadual pun lain lah. Tapi apa pun jadi, jarak takkan memisahkan kita kan? Haha Sila muntah depan skrin anda wekkkkkkk :P

Serious cakap, as experience aku hidup dalam dunia universiti nie aku rasa dyeorang lah housemates yang paling best aku pernah ada. Dyeorang lah yang selalu buat lawak sakai dan aku tukang gelak yang tak berbayar. Hari hari gelak macam nak pecah mulut. Entah apa apa je semua rasa happening. Bila sorang balek, kejap lagi dekat wassap group, masing masing dah cakap rindu. Balek dua hari tak jumpa macam dua tahun tak jumpa HAHA! Nampak tak penangan dyeorang. 

Paling best dapat masak sama-sama. Dan aku nie bukanlah seorang yang terer masak. Tapi bila duduk dengan dyeorang, aku jadi rajin masak dan boleh masak hehe. (Dah boleh kawen haha). Dan disebabkan dyeorang nie jenis yang suka duduk dapur, aku belanja dyeorang buat kek batek hehehehhe. 


Haaa yang paling depan sekali tu nama dia Indah :) Comel kan nama? Macam nama orang indon hehehe. Indah lah yang rajin masak untuk kteorang, layan kteorang dan photographer tak berbayar kteorang yang suka posing nieeee. Kalau ada siapa siapa nak Indah nie jadi photographer korang boleh inform aku keh hehehe.





Hai, nie namo dio amalina. Dio nie ore kelateyy sebab tu kito kecek kelateyy, Tuan kecik tapi sebenarnya dia hakak korang okay. Haaa hormat dia siket :) Taaaaaabik hormat! Haipppp ! haha




Dan ini sebenarnya kat surau. Sementera nak tunggu next class sempat lagi posing. Macam macam posing kteorang buat. Nak tunjuk kang takut korang meluat pulak haha. Btw, credit to Indah jadi photographer kita tau. Lebiu muah :*



Rasanya sampai sini jelah dulu kot. Esaimen belambak sebenarnya hehe!





Saturday 30 August 2014

Vacci Makeup based

Dah alang tersinggah sini. Nak aku cerita yang aku tertarik gila dengan cara mekap fyna. Aku bukan lah gadis yg sentiasa mekap. Bukan! Just tertarik. Yelah siapa taknak cantik yedok? Dah pulak kawan akak yang wedding raya haji nanti offer jadi bridesmaid lagi lah buat aku nak belajar benda benda cenggini. 

oke.

dah banyak merapu. Kalau korang nak tahu banyak and cara cara pakai makeup based nie korang search kat fynahere.com okayyy :) 

Nah sekarang Vacci Makeup Based ade sale okayyyy jom lah kita grab. Lagi pulak selama nie aku duk negok je nak beli mahal. Sekali ade sale mahu tak beli kannnnnn . Nak menangis sebab ade saleeee HAhahaha !




Harga asal RM85.40 nie sale tinggal RM59.70

Takkan nak tengok je kan? Bila lagi entah ade sale macam nie jom lah kita hehehe 




Monday 18 August 2014

Syawal Giveaway!


Happy eid mubarak yugais 
ikhlas dari kami anak perempuan cikgu kelsum dan encik sukur :*

Monday 21 July 2014

'Segmen Siapa Nak Kad Raya? by IZZAATI



EXTEND! NEW DUE DATE 22/7/2014
click banner utk join :)

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014

Resepi : Apam Pisang Coklat


Kali nie haruslah nak share resepi memandangkan dah nak raya yedok. Lagi pulak aku nak share resepi apam pisang colat yg sangat sedap dan sihat. Apam pisang coklat nie mmg lah sihat sebab tak guna minyak dan telur punnn. Haaaa mana yg tengah diet nak jaga badan pun boleh try :)


Comel sedap dan sihat :)


Bahan-bahan :

1 cawan pisang lecek
1 cawan gula perang
2 cawan tepung naik sendiri diayak bersama 1 sudu besar tepung koko dan 1 setengah sudu soda bikarbonat 
8 sudu susu segar/susu cair/boleh guna air je (kalau pekat tambah air atau susu)
1 sudu kecil esen pisang

Cara-caranya :

1. Masak air dan jerang kukusan. Kukus sekali acuan.
2. Campur semua bahan kecuali tepung dan bahan ayak. kacau sebati.
3. Campur bahan ayak dan kacau lagi sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan dan kukus sehingga masak

p/s : 1 adunan dapat 16-18 acuan apam. 



Selamat mencuba :)






Musuh dalam blanket


Dah lama tak update tetiba musuh dalam blanket pulak? kau dah kenapa jah?? 
Biasa aku tak update benda tak berkaitan dgn hidup aku. Yang pasal nie memang menggangu  ketenangan hidup aku lah yg pasti. Biasalah kat mana mana kau pergi pun orang akan cari salah kau. Benda kecik kuman anggap besar gajah. Kalau orang dah tak suka macam macam dia sanggup buat. mengata belakang kau. depan baik haram jadah. plastik lah semua.

Kalau jenis aku yg mudah percaya kat orang memang mudah kena lah dgn spesies mcm nie. Dah orang baik dgn aku mmg lah kena baik kann. takkan lah nak balas jahat pulak? dah tup tup rupanya dia duk burukkan aku kat housemate lain tapi at the same time bila dgn aku Ya Allah muka dia manis kalah gula. Sumpah plastik!

Hmm, apepun aku dah malas nk sakit hati dgn orang sakit jiwa mcm tu. Okay, jom kita positif. Maybe Tuhan hantar orang mcm tuu kat aku sebab nak suruh aku belajar bersabar kan? Kenapa kita pulak nak sakit sakit hati dah tahu orang yg sakit jiwa. Pedulikan lah diaaaa. Tak mati nyeee tak takde dia. Aku pun bahgia je takde diaaaa. 

p/s : Untuk kau yg tak puas hati dgn aku sila jumpa depan depan. Tak gentle main ckp belakang. Jumpa depan kau nak tarik rambut hantuk kepala semua boleh. Aku halal kan :)



Saturday 19 April 2014

CERITA AKU CINTA CACTUS

Dengan cactus pun boleh jatuh cinta? Mana tak jatuh cinta weh kalau dah decorate dalam bekas kecik pulak cactus tu comel comel je siap kalerpul lagi. Tak memasal aku rajin search google pasal mini cactus nie. Tapi buat masa nie aku takde lagi mini cactus and rasanya bakal ade. Boleh buat peneman kalau boring boring kannnn heheheh :D

Aku pun dah jadi penge-like setia instagram akak nie. Serious semua mini cactus dengan bekas yg akak nie buat sumpah buat mini cactus jadi extra comel. Korang yang tak minat langsung nak tanam benda benda alah camni, komfem berminat punya. Cayalah. Lagi pulak, cactus nie senang jaga hoi. Kalau lupa nk siram pun takde hal lah. 

Nah aku bagi siket gambar mini cactus yg akak nie buat and dijual :)

Nampak comel gila kan? Haaa dah cakap dah. Berminat? Boleh lah follow akak kita nie kat instagram @nursuhaila89. Korang boleh jenguk macam macam lagi mini cactus. 

Nah lagi gambar mini cactus kaler merah mak ngah hehe.



Rasanya sampai sini jelah kot. Terasa stress pulak tengok benda kecik kecik macam nie.
Kalau ade yg terasa nak belanja aku yg comel nie sangat lah dialu alukan heheheh.



Friday 17 January 2014

Telur Bungkus (Bahagian I)


Salam sayang untuk semua. Ahaks bajet bajet pulak kita. 

Memandangkan aku memang sangat lah free, rajin pulak haaa aku nk menaip :D
Dah kenapa dengan telur bungkus? Siap ade bahagian bagai? Aku boleh terjebak dengan telur bungkus ni gara gara kawan aku (Nurrun Nazeeha) yg mngajar aku mkn that telur bungkus. Nampak sgt aku nie jakun tak pernah dengar and makan pun telur bungkus. Okay, esok pergi lagi cafe utk dinner. 

And aku dengan Nurrun dinner godek godek pergi cafe.
Kalau nak order or bungkus kena tulis atas kertas yg dh ade atas meja.

Contoh :
Biasa yang aku tulis. 

Telur bungkus (2)
Nasi Putih (2)

-Makan-

And aku selalu sangat lupa nak tulis nama atas kertas tuuu. Nanti abg cafe tuu panggil "Nasi Bungkus'!!! sambil buat muka bengang sbb aku tak tulis nama. Tuu pun mahu marah ka?

Dan sekarang aku kat rumah sebab cuti sem. Cuti sampai bulan tiga. Yeayyy cuti lama.
Aku pun dah berniat nak belajar buat telur bungkus haha dah suka sangat makan telur bungkus. Nak jugak lah belaja buat sendiri kan? Hehhe

Rajin punya rajin. Aku search kat google "resepi telur bungkus" dan niee yang aku jumpa. Sangat eksaited you know. Bersinar bijik mata. Ibarat dia mcm tulah HAHA. 



resepi telur bungkus simple
Telur bungkus :D


BAHAN-BAHAN

2 biji telur
250 g isi ayam – dipotong dadu
150 g sayur campur (mix veggie)
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula

CARA-CARA (INTI AYAM)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Kacau sekata.
Masukkan sayur campur, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering.


CARA-CARA (TELUR BUNGKUS)

Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan pukul sehingga sebati.
Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.



Itu saja untuk harini. Nantikan Telur Bungkus (Bahagian II) okayyy :D

Wednesday 8 January 2014

Birthday GiveAway by Cik Ayue

CLICK BANNER TO JOIN :)


Saya punya 'PELAMIN IDAMAN' 


Wah, blue in colour? And yes. Blue is my feveret kaler. Thats why laaah :D


P1014370

Sumber : blogger nisakay :D

Dah pelamin idaman kaler biru. Baju pengantin pun kita nak warna biru. Nak semua biru ahhaha. And sangat adore baju pengantin kak Irine nieee. Nk camni jugak boleh?
Cantik sangat :D


Need to tag my friend? 
Here they are : Aina Zairulnizam, Izzati Amira && Anis Farhana

Monday 6 January 2014

Sunday 5 January 2014

Simple Giveaway by Izzati Amira




Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!